KAEDAH RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KE ATAS BUAH
KAEDAH RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KE ATAS BUAH
ASSALAMUALAIKUM !!!
Kami 3 orang wakil pelajar Politeknik Jeli Kelantan iaitu ;
NAMA: FAIZ NAZMI BIN ZAKARIA
UMUR: 19 tahun
BERASAL: Bukit Depu , Terengganu
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi
NAMA:MUHAMMAD HAZREEN FAZREEN IZYQI BIN ZAINAL ABIDIN
UMUR:19 TAHUN
BERASAL: Kota Bharu Kelantan
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi
NAMA:MOHAMAD ASHRAFF BIN ABANG ISMED
UMUR:19 tahun
BERASAL DARI:Gunung Semanggol , Perak ,
BELAJAR JURUSAN:Diploma agroteknologi
NAMA: FAIZ NAZMI BIN ZAKARIA
UMUR: 19 tahun
BERASAL: Bukit Depu , Terengganu
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi
NAMA:MUHAMMAD HAZREEN FAZREEN IZYQI BIN ZAINAL ABIDIN
UMUR:19 TAHUN
BERASAL: Kota Bharu Kelantan
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi
NAMA:MOHAMAD ASHRAFF BIN ABANG ISMED
UMUR:19 tahun
BERASAL DARI:Gunung Semanggol , Perak ,
BELAJAR JURUSAN:Diploma agroteknologi
Kami telah ke Projek Kelompok Tanaman Nenas Kg Sg.Miang,Pekan
Pahang atas tugasan yang telah diberi iaitu kajian tentang RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KEATAS BUAH NENAS . Kawasan ladang nenas tersebut kira-kira seluas 300 hektar.Terbahagi kepada kelompok -kelompok kecil kira-kira 10 hektar satu kelompok.Pengusaha ladang nenas iaitu ENCIK KADIR telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang tajuk kami.Iaitu :
RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS & KESAN TERHADAP BUAH NENAS
PENYAKIT REPUT TERAS di Malaysia kini merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penyakit ini merupakan ancaman serius kepada pengusaha nenas. Apa pun ia berpunca daripada jenis patogen BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi).Dalam pada masa itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita. Selain itu , Ia juga berpunca daripada sejenis kumbang yang merosakkan buah nenas yang menyebabkan tangkai menjadi reput dan buah menjadi berair .Perkara ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Dalam kajian kes yang dijalankan di Projek Kelompok Tanaman Nenas Kg Sg Miang,Pekan Pahang.
RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS terdapat beberapa kaedah kawalan untuk mengawal masalah penyakit reput teras antaranya ialah melalui semburan racun pada pokok nenas itu bagi mematikan serangga yang menyerang dan merebak ke pokok nenas lain ,namun begitu kaedah yang digunakan ini mungkin kurang berkesan ,kaedah yang paling berkesan adalah dengan cara mencabut pokok-pokok yang mengalami masalah penyakit reput teras itu bagi mengurangkan penyakit merebak dari satu pokok ke satu pokok lain .selain itu serangga mudah hidup pada keadaan yang lembab dan berhujan .Pokok yang telah dicabut akibat penyakit tersebut perlu dibuang dan dibakar bagi menghapuskan serangga tersebut .Pokok yang telah dicabut tidak boleh ditanam semula.
KESAN KEPADA BUAH NENAS akan menjadi rosak .biasanya buah akan menjadi reput dan berair pada buah nenas .Rasa pada buah nenas akan berubah menjadi masam akibat serangan serangga tersebut .
KESAN KEPADA PENGUSAHA LADANG ialah pengusaha akan mengalami kerugian kerana buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit itu akan menjejaskan pendapatan mereka.
KESIMPULAN
Apa yang kami perolehi tentang rawatan penyakit reput teras ialah kaedah atau rawatan untuk menghalang serangan penyakit tersebut.Terdapat beberapa kaedah iaitu semburan racun dan mencabut pokok yang alami penyakit tersebut.Oleh itu , untuk mengusaha sesebuah ladang perlu pemerhatian yang rapi untuk menghasilkan pokok dan buah yang bermutu tinggi .Oleh itu , kami harap maklumat-maklumat yang disampaikan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang rawatan penyakit tersebut.SEKIAN DARIPADA KAMI
\
boleh tak nak dapatkan no telefon pemilik ladang
ReplyDelete