KAEDAH RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KE ATAS BUAH








KAEDAH RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KE ATAS BUAH 



ASSALAMUALAIKUM !!!
Kami 3 orang  wakil pelajar Politeknik Jeli Kelantan iaitu ;

NAMA: FAIZ NAZMI BIN ZAKARIA 
UMUR: 19 tahun 
BERASAL: Bukit Depu , Terengganu 
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi







NAMA:MUHAMMAD HAZREEN FAZREEN IZYQI BIN ZAINAL ABIDIN
UMUR:19 TAHUN
 BERASAL: Kota Bharu Kelantan
BELAJAR JURUSAN:Diploma Agroteknologi








NAMA:MOHAMAD ASHRAFF BIN ABANG ISMED
UMUR:19 tahun
BERASAL DARI:Gunung Semanggol , Perak ,
BELAJAR JURUSAN:Diploma agroteknologi






Kami telah ke Projek Kelompok Tanaman Nenas Kg Sg.Miang,Pekan Pahang atas tugasan yang telah diberi iaitu kajian tentang RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS DAN KESAN KEATAS BUAH NENAS . Kawasan ladang nenas tersebut kira-kira seluas 300 hektar.Terbahagi kepada  kelompok -kelompok kecil kira-kira 10 hektar satu kelompok.Pengusaha ladang nenas iaitu ENCIK KADIR telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang tajuk kami.Iaitu :





RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS &        KESAN TERHADAP BUAH NENAS

PENGENALAN:Nenas atau nama saintifik ialah Ananas Comusus merupakan sejenis tanaman tropika dari keluarga Bromelioceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan.Nenas merupakan buah-buahan yang laris dipasaran di negara Malaysia .Contoh di negeri yang mengeluarkan nenas terbesar seperti pahang ,johor ,perak , kelantan dan lain -lain.Namun terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan nenas menjadi rosak dan tidak dapat untuk dipasarkan.









PENYAKIT REPUT TERAS  di Malaysia kini merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penyakit ini merupakan ancaman serius kepada pengusaha nenas. Apa pun ia berpunca daripada jenis patogen BAKTERIA dan patogen KULATPenyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi).Dalam pada masa itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita.  Selain itu , Ia juga berpunca daripada sejenis kumbang yang merosakkan buah nenas yang menyebabkan tangkai menjadi reput dan buah menjadi berair .Perkara ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Dalam kajian kes yang dijalankan di Projek Kelompok Tanaman Nenas Kg Sg Miang,Pekan Pahang. 




RAWATAN PENYAKIT REPUT TERAS terdapat beberapa kaedah kawalan untuk mengawal masalah penyakit reput teras antaranya ialah melalui semburan racun pada pokok nenas itu bagi mematikan serangga yang menyerang dan merebak ke pokok nenas lain ,namun begitu kaedah yang digunakan ini mungkin kurang berkesan ,kaedah yang paling berkesan adalah dengan cara mencabut pokok-pokok yang mengalami masalah penyakit reput teras itu bagi mengurangkan penyakit  merebak dari satu pokok ke satu pokok lain .selain itu serangga mudah hidup pada keadaan yang lembab dan berhujan .Pokok yang telah dicabut akibat penyakit tersebut perlu dibuang dan dibakar bagi menghapuskan  serangga tersebut .Pokok yang telah dicabut tidak boleh ditanam semula.




 KESAN KEPADA BUAH NENAS akan menjadi rosak .biasanya buah akan menjadi reput dan berair pada buah nenas .Rasa pada buah nenas akan berubah menjadi masam akibat serangan serangga tersebut .


 KESAN KEPADA PENGUSAHA LADANG ialah pengusaha akan mengalami kerugian kerana buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit itu akan menjejaskan pendapatan mereka.

     
        KESIMPULAN
       Apa yang kami perolehi tentang rawatan penyakit reput teras ialah kaedah atau rawatan untuk menghalang serangan penyakit tersebut.Terdapat beberapa kaedah iaitu semburan racun dan mencabut pokok yang alami penyakit tersebut.Oleh itu , untuk mengusaha sesebuah ladang perlu pemerhatian yang rapi untuk menghasilkan pokok dan buah yang bermutu tinggi .Oleh itu , kami harap maklumat-maklumat yang disampaikan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang rawatan penyakit tersebut.SEKIAN DARIPADA KAMI








\











Comments

Post a Comment